Tarikh&Hari  06 Jun 2024 (Khamis)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat
Peserta  3 Orang

 

Tujuan 

Bengkel kali ini menerangkan kepada peserta fungsi dan cara menggunakan google review. Bagi yang ada perusahaan seperti kedai dan sebagainya boleh meminta pelangan memberi maklum balas mengenai perniagaan peserta.

Aktiviti 

Peserta hanya membuka email terlebih dahulu dan kemudia mencari perniagaan siapa untuk diberikan maklum balas. Adakah perusahaan tersebut memuaskan hati pelangan atau pun tidak. Pelangan juga boleh memberi bintang kepada perusahaan peserta.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 04 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 3.00 petang -  5.00 petang
Lokasi : NADI Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang belia lelaki telah datang ke NADI Kanchong Darat untuk membuat resume secara atas talian atau secara online dengan menggunakan Canva.com. Resume online dilakukan bertujuan persediaan awal untuk peserta memohon pekerjaan serta melatih peserta dalam penggunaan aplikasi online tersebut. 

Aktiviti

Petugas membantu cara mengenai cara penghasilan resume dalam Canva dan peserta mengikut arahan tersebut. Peserta akan memasukkan maklumat diri,maklumat pendiikan dan juga pengalaman pekerjaan terdahulu.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  01 Jun 2024 (Sabtu) 
Masa  9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  24 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 24 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran online dalam subjek bahasa melayu lisan di laman sesawang Kuiz Online SK. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah meningkat ilmu dalam subjek bahasa melayu.

Aktiviti 

Peserta membuka laman web sesawang sites.google Kuiz Online SK. Peserta perlu memilih modul soalan berdasarkan tahun pembelajaran masing-masing. Selepas itu, peserta boleh menjawap kuiz mengikut peringkat yang disediakan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  02 Jun 2024 (Ahad) 
Masa  9.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  24 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel kali ini memberi pendedahan kepada peserta tentang apa Stem IoT (Cotton Buds Skeleto. Menghasilkan Cotton Buds Skeleto manusia. Memerhatikan bagaimana peserta mengenali tulang rangka didalam badan manusia. Meningkatkan perkembangan motor halus.

Aktiviti 

Peserta lukiskan bentuk tubuh manusia diatas kertas yang diberikan. Letakkan double tape didalam lukisan tadi dan peserta akan susunkan cotton buds mengikut rangka tubuh manusia seperti tulang rangka, kaki dan tangan. Selepas selesai, peserta akan menulis setiap satu fungsi bahagian-bahagian badan manusia tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh&Hari  25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat
Peserta  3 Orang

 

Tujuan 

Bengkel ini memberikan kesedaran kepada masyarat tentang kepentingan mempelajari Surah Al Fatihah dengan betul dan tepat kerana ia merupakan surah yang menjadikan rukun dalam ibadah solat.

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat mempelajari bacaan Al Fatihah dengan betul dan tepat. Peserta juga dapat mempelajari jenis-jenis kesalahan yang sering dilakukan dalam pembacaan Al Fatihah disamping dapat mendalami (tadabur) maksud Surah Al Fatihah.

Gambar Disini