Tarikh & Hari : 13 Oktober 2019 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 25 orang

 

Tujuan

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada usahawan kecil telah mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran Nur Dhuha Resources yang telah diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Taklimat yang disampaikan oleh penceramah yang telah terlatih mengenai pemakanan. Kursus juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan untuk melakukan suntikan vaksin.

Aktiviti

Tujuan kursus secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada usahawan baru tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pembeli makanan. Kursus juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali, bahan makanan dan permis makanan secara tidak langsung kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 10 Oktober 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengadakan kursus penggunaan aplikasi CAMMS. Dengan adanya kemudahan yang diberikan oleh Pusat Internet para peserta boleh menggunakan aplikasi yang peserta inginkan dengan baik dan lancar.

Aktiviti

Pada permulaan peserta diberikan taklimat terlebih dahulu daripada penceramah yang telah terlatih, peserta diminta untuk membuka laman sesawang aplikasi CAMMS dan masukkan ID dan Username yang telah didaftar. Petugas Pusat Internet turun membantu bagi memudahkaan urusan peserta pada hari tersebut.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 03 Oktober 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Bengkel asas ICT bersama pelajar sekolah menengah seramai 3 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam membuat slide perbentangan yang akan dibentangkan pada hari persekolahan. Ia dapat dikendalikan dengan jayanya oleh pertugas.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan cara penggunaan Microsoft Office Power Point dengan betul. Pelajar juga menerangkan cara mencari maklumat melalui internet serta cara insert gambar ke dalam Microsoft Power Point. Kelebihan bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada asas ICT Microsoft Office serta asas internet. Melatih pelajar cara berfikir dan kreatif dengan membuat slide perbentangan.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 06 Oktober 2019 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 25 orang

 

Tujuan

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada usahawan kecil telah mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran Nur Dhuha Resources yang telah diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Taklimat yang disampaikan oleh penceramah yang telah terlatih mengenai pemakanan. Kursus juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan untuk melakukan suntikan vaksin.

Aktiviti

Tujuan kursus secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada usahawan baru tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pembeli makanan. Kursus juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali, bahan makanan dan permis makanan secara tidak langsung kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 24 September 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 30 orang

 

Tujuan

Pusat Internet Kanchong Darat telah menerima kunjungan dari wakil-wakil MPKK setiap kampung bagi menghadiri Bengkel mengemas kini profil kampung anjuran dari KEMAS. Dengan adanya kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti komputer dan internet peserta dapat menjalani bengkel tersebut dengan lancar dan sempurna.

Aktiviti

Sebelum memulakan Bengkel Profil Kampung MPKK peserta diberi taklimat tentang serba sedikit cara-cara mengemas kini profil dan maklumat atau data yang diperlukan. Di samping memgemas kini profil setiap kampung peserta juga diberikan sedikit taklimat mengenai myfreeview dan mempromosikan Pusat Internet. Bengkel berjalan dengan lancar dan baik.

Gambar Disini