Tarikh & Hari | : | 13 Ogos 2019 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
3 orang pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 hadir ke Pusat Internet untuk mendalami asas kepada Microsoft Power Point untuk membuat tugasan dalam bentuk slideshow atau persembahan. Dengan adanya slideshow yang telah siap dibuat peserta dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan lebih mudah dan tepat. |
Aktiviti |
Pengenalan kepada Microsoft Office Power Point dengan membuat asas slideshow. Dalam aktiviti ini, pelajar diajar bagaimana untuk memilih tema, menambah tajuk ke dalam slide, membesar dan kecilkan saiz perkataan dan mengubah rupa perkataan. Selepas itu pelajar akan mengubah susun atur slide, memilih warna, menambah gambar ke dalam slide dan memasukkan slaid baru. |
Tarikh & Hari | : | 09 Ogos 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 15 orang |
Tujuan |
Seramai 15 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Unwanus Saadah hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari kaedah menghasilkan laporan kewangan untuk dihantar kepada guru. |
Aktiviti |
Pelajar didedahkan dengan fungsi-fungsi asas di dalam Ms Office Excel dan pelajar diajar oleh Guru. Di samping itu, petugas membantu dalam menunjukkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak memahami penggunaan Ms Office Excel. Pelajar juga didedahkan dengan program kesedaran penggunaan internet. |
Tarikh & Hari | : | 05 Ogos 2019 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 5 orang |
Tujuan |
Seramai 5 orang pelajar sekolah menengah telah datang ke Pusat Internet kerana ingin mencari maklumat bagi tugasan sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya kemudahan internet di Pusat Internet pelajar tersebut dapat membuat pencarian maklumat dengan menggunakan Google Search. |
Aktiviti |
Pelajar tersebut telah diberi tugasan oleh guru mereka dan pelajar harus mencari maklumat yang berkaitan dengan membuka Google Search dan mencarinya. Petugas juga turut membantu pelajar tersebut bagi memudahkan pelajar menyiapkan tugasannya. |
Tarikh & Hari | : | 07 Ogos 2019 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
Seramai 3 orang pelajar sekolah datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberi oleh guru pelajar. Tujuan kelas adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan Kelas Penggunaan Google Map. |
Aktiviti |
Petugas akan memberi contoh terlebih dahulu untuk menggunakakn aplikasi Google Maps dan petugas membantu peserta sehingga selesai lokasi mereka menggunakan Google Maps tersebut. Pelajar belajar cara ingin membuka google Maps dan belajar cara untuk mengetahui kawasan-kawasan peta di Google Maps dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyimpan maklumat di dalam Google Maps tersebut di dalam bentuk gambar. |
Tarikh & Hari | : | 02 Ogos 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 4 orang |
Tujuan |
Seramai 4 orang pelajar sekolah menengah Tingkatan 5 mengadakan kelas perakuanan. Pelajar sekurang-kurangnya dapat menghasilkan satu perekodan perniagaan yang dapat membantu mereka memahami penggunaan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Ms Office Excel dan dalam masa dapat menggunakannya dalam menghasilkan folio yang lengkap hanya menggunakan Ms Office Excel. |
Aktiviti |
Pelajar perlu membantu rakan lain yang masih belom menguasai penggunaan Ms Office Excel, namun pelajar masih perlu menyiapkan sekurang-kurangnya satu latihan yang menunjukkan bahawa mereka boleh membuat latihan tersebut tanpa bantuan dan dalam masa yang sama memahami penggunaan Ms Office Excel dalam perekodan perakauanan. |