Tarikh & Hari | : | 07 Julai 2019 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang orang dewasa menghadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mendaftarkan diri mereka untuk nikah di negeri Selangor. Proses untuk menikah di negeri Selangor adalah permohon dan pasangan perlu memohon melalui sistem iaitu ncr.jais.gov. Bakal pengantin lelaki dan wanita masing-masing perlu memiliki akuan tersendiri untuk menggunakan sistem ini. |
Aktiviti |
Petugas memberikan penerangan berkenaan penggunaan sistem nikah, cerai dan rujuk melalui laman sesawang ncr.jais.gov iaitu pemohon perlu mengambil tahu kata nama dan laluan sama ada menulis di kertas atau menyimpannya di telefon bagi memudahkan pemohon pada masa hadapan. Setelah berjaya mendaftarkan diri melalui sistem, pemohon dan pasangan mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem, Dan setelah siap mengisi, mereka dikehendaki untuk mencetak borang permohonan pernikahan tersebut. |
Tarikh & Hari | : | 05 Julai 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
Seramai 3 orang peserta dari golongan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara asas untuk menggunakan Microsoft Office Word dengan betul dan tepat. |
Aktiviti |
Peserta telah diberikan tugasan oleh guru untuk menyiapkan satu tugasan Portfolio, ia jugak dapat menguji tahap kemahiran menaip dan daya kelajuan menaip menggunakan komputer. selain itu, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara untuk membuat portfolio dengan format yang betul. |
Tarikh & Hari | : | 01 Julai 2019 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Meningkatkan pemahaman peserta dengan lebih mendalam lagi untuk menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Peserta diberi penerangan dengan lebih mendalam lagi tentang kegunaan dan cara guna Microsoft Office Powerpoint. |
Aktiviti |
Latihan untuk menaip sebuah Esei di mana di dalam Esei terkandung format word art, memasukkan bentuk, memasukkan gambar dan juga cara untuk memasukkan gambar yang di ambil daripada sumber internet. Peserta juga diuji kebolehan untuk menyusun dan membuat semula Esei yang diberi dengan bantuan tenaga petugas. |
Tarikh & Hari | : | 03 Julai 2019 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 4 orang |
Tujuan |
Seramai 4 orang pelajar sekolah menengah agama hadir ke Pusat Internet untuk menjalani latihan merekod perniagaan dan dibimbing oleh guru subjek perakaunan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi mengasah kemahiran dan kefahaman pelajar dalam menggunakan Microsoft Office Excel dalam merekodkan urusniaga perniagaan yang telah dipelajari. |
Aktiviti |
Setiap pelajar yang mengambil jurusan perlu mengikuti kursus amali dan latihan menggunakan Microsoft Office Excel bagi merekod urusan perniagaan yang melibatkan transaksi-transaksi di dalam persoalan buku dan latihan yang dilakukan mengikut buku latihan. |
Tarikh & Hari | : | 23 Jun 2019 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang wanita hadirkan diri ke Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara menyisi dan menyemak kemasukkan ke Politeknik secara online di politeknik.edu.com.my. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu memasukkan ID Pengguna iaitu nombor kad pengenalan dan juga kata laluan yang telah didaftarkan. Setelah itu, peserta perlu masuk ke sistem laman sesawang politeknik.edu |