Tarikh & Hari : 23 September 2019 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 30 orang

 

Tujuan

Pusat Internet Kanchong Darat telah menerima kunjungan dari wakil-wakil MPKK setiap kampung bagi menghadiri Bengkel mengemas kini profil kampung anjuran dari KEMAS. Dengan adanya kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti komputer dan internet peserta dapat menjalani bengkel tersebut dengan lancar dan sempurna.

Aktiviti

Sebelum memulakan Bengkel Profil Kampung MPKK peserta diberi taklimat tentang serba sedikit cara-cara mengemas kini profil dan maklumat atau data yang diperlukan. Di samping memgemas kini profil setiap kampung peserta juga diberikan sedikit taklimat mengenai myfreeview dan mempromosikan Pusat Internet. Bengkel berjalan dengan lancar dan baik.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 12 September 2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang wanita hadir ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan Internet bagi menyesiapkan soalan matematik bahagian objektif yang diberikan kepadanya. Petugas membantu peserta untuk memahirkan diri dengan soalan dan dapat menyelesaikan masalah matematik dengan mudah.

Aktiviti

Matematik merupakan subjek yang sangat menarik dan penting untuk dipelajari. Hal ini kerana, setiap perkara dalam kehidupan manusia pasti akan dikaitkan dengan matematik contohnya, pengiraan waktu dan jual beli barang. Oleh itu, ia dapat lagi mengasah kemahiran dan minda para pelajar untuk lebih mahir dalam ilmu matematik.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 07 September 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Pada 07 September 2019 sabtu pihak Pusat Internet Kanchong Darat mengadakan Bengkel Keusahawanan Pemakanan yang dihadiri seramai 10 orang usahawan-usahawan yang menglibatkan perniagaan pemakanan. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan makanan.

Aktiviti

Penceramah memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan makanan, kebersihan makanan, sijil-sijil yang wajib sediakan dan jugak vakzin yang diperlukan kepada usahawan pemakanan. Dengan pendedahan yang diberikan peserta boleh menguruskan perniagaan peserta dengan baik,bersih dan selamat kepada semua pelangan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 10 September 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Petugas memberi bimbingan penggunaan internet dan komputer kepada calon peperiksaan secara atas talian. Ia juga dapat membantu calon yang tidak mempunyai pencapaian internet untuk menjawap peperiksaan SPA secara online sahaja.

Aktiviti

Bengkel dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi atas talian SPA. Calon diberitahu cara untuk log in bagi menjawap soalan peperiksaan secara atas talian bagi SPA mengikut masa yang letak ditetapkan. Peperiksaan mengandungi beberapa bahagian dimana setiap bahagian adalah berbeza.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 06 September 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

2 orang wanita hadir bagi mempelajari cara-cara menyemak bagi permohonan Tahun 1 Sesi 2020/2021 secara atas talian di laman sesawang public.moe.gov.my yang telah dibuat seblum ini. Surat penempatan tersebut halus di cetak bagi rujukan pihak sekolah.

Aktiviti

Petugas memberi sedikit penerangan tentang keburukkan internet kepada kanak-kanak, Peserta pula memasukkan ID dan password yang telah dibuat sebelum ini dan memilih permohonan Tahun 1. Peserta memuat naik terlebih dahulu kemudian baru mencetak surat penempatan tersebut dan setiap permohonan halus ada surat tersebut bagi memudahkan kemasukkan Tahun 1 di tahun hadapan.

Gambar Disini