Tarikh & Hari : 05 November 2019 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 25 orang

Tujuan

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengadakan Bengkel Hand On penggunaan sistem e-reporting dengan menggunakan laman sesawang MIMOS. Dengan adanya kemudahan yang diberikan oleh Pusat Internet para peserta boleh menggunakan aplikasi yang peserta inginkan dengan baik dan lancar.

Aktiviti

Pada permulaan peserta diberikan taklimat terlebih dahulu daripada Ketua yang telah terlatih, peserta diminta untuk membuka laman sesawang MIMOS dan masukkan ID dan Username yang telah didaftar. Petugas Pusat Internet turun membantu bagi memudahkaan urusan peserta pada hari tersebut.

Gambar Disini

Tarikh & Hari : 04 November 2019 (Isnin)

Tarikh & Hari : 21 Oktober 2019 (Isnin)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 4 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.

Aktiviti

Peserta diberi pendedahan tentang penggunaan Ms Word & Publisher. Pelbagai Teknik menggunakan perisian word dilatih seperti menaip, membuat jadual dan memasukkan gambar yang diambil di laman web. Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan kuiz secara online.

Gambar Disini

Tarikh & Hari : 01 November 2019 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 20 orang

Tujuan

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada usahawan kecil telah mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran Nur Dhuha Resources yang telah diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Taklimat yang disampaikan oleh penceramah yang telah terlatih mengenai pemakanan. Kursus juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan untuk melakukan suntikan vaksin.

Aktiviti

Tujuan kursus secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada usahawan baru tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pembeli makanan. Kursus juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali, bahan makanan dan permis makanan secara tidak langsung kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan.

Gambar Disini

Tarikh & Hari : 16 Oktober 2019 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 4 orang

Tujuan

Seramai 4 orang pelajar sekolah menengah telah datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan berkumpulan yang telah diberikan oleh Guru peserta. Peserta juga ditugaskan untuk menyediakan Slide menggunakan Microsoft Office Powerpoint.

Aktiviti

Terlebih dahulu peserta diminta untuk mencari maklumat untuk dimasukkan ke dalam Slide dengan menggunakan Google Search. Kemudian peserta akan belajar menggunakan tool-tool yang disediakan didalam Microsoft Office Powerpoint seperti Table,Text,Gambar dan sebagainya. Peserta juga dibantu oleh petugas-petugas Pusat Internet.

Gambar Disini