Tarikh & Hari | : | 20 April 2019 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
3 orang pengguna telah datang ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk mempelajari cara membuat poster secara online dengan mudah dan cepat. Tujuan kelas diadakan bertujuan untuk membantu dan mengajar peserta dalam menghasilkan poster sendiri yang boleh digunakan untuk mengiklan produk-produk peserta. |
Aktiviti |
Sebagai permulaan peserta diminta untuk membuka laman sesawang PosterMyWall. Peserta hanya perlu memilih design yang telah disediakan contoh seperti poster,logo,flyer dan sebagainya. Kemudian masukkan text yang bersesuai dengan poster yang peserta hendaki. Petugas akan membantu peserta dalam menghasilkan poster-poster tersebut. Jika sudah selesai hanya perlu save dan muat naik poster. |
Tarikh & Hari | : | 18 April 2019 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
3 orang Guru KAFA telah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menjalani quiz MCQ yang berkenan dengan kemahiran Al-Quran. Dengan menggunakan laman sesawang myoum.edu.my, peserta boleh menjawap quiz tersebut didalamnya. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu masuk akuan yang telah didaftar dan menjawap soalan-soalan quiz yang terdapat di dalamnya. Peserta juga boleh merujuk jawapan di google search untuk mendapat kepastian. Pertugas juga turut membantu peserta. |
Tarikh & Hari | : | 13 April 2019 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 9 orang |
Tujuan |
Seramai 9 orang pelajar sekolah menengah agama SAMUS hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menjalani latihan merekod perniagaan dan bimbing oleh guru subjek perakaunan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi mengasah kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft Office Excel dalam merekodkan urusniaga perniagaan yang telah dipelajari. |
Aktiviti |
Setiap pelajar yang mengambil jurusan perakaunan perlu mengikuti kursus amali dan latihan menggunakan Microsoft Offci Excel bagi merekod urusan perniagaan yang melibatkan transaksi-transaksi di dalam persoalan buku dan latihan yang dilakukan mengikut buku latihan. |
Tarikh & Hari | : | 16 April 2019 (Selasa) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 20 orang |
Tujuan |
Seramai 20 pelajar sekolah menengah mengadakan kelas perakuanan yang di ajar oleh guru mereka. Pelajar sekurang-kurangnya dapat menghasilkan satu perekodan perniagaan yang dapat membantu mereka memahami penggunaan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Ms Office Excel dan dalam masa dapat menggunakannya dalam menghasilkan folio yang lengkap hanya menggunakan Ms Office Excel. |
Aktiviti |
Guru akan membantu pelajar yang masih belom menguasai penggunaan Ms Office Excel namun pelajar masih perlu menyiapkan sekurang-kurangnya satu latihan yang menunjukkan bahawa mereka boleh membuat latihan tersebut tanpa bantuan dan dalam masa yang sama memahami penggunaan Ms Office Excel dalam perekodan perakauanan. |
Tarikh & Hari | : | 12 April 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 11 orang |
Tujuan |
Seramai 11 orang pelajar tingakatan 5 Sekolah Menengah Unwanus Saadah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk mempelajari kaedah manghasilkan laporan kewangan menggunakan Microsoft Office Excel untuk dihantar kepada guru. |
Aktiviti |
Pelajar didedahkan dengan fungsi-fungsi asas di dalam Microsoft Office Excel dan mereka diajar oleh Guru Perakaunan mereka.Di samping itu, petugas membantu dalam menunjukkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak memahami penggunaan Microsoft Office Excel. Pelajar juga didedahkan dengan program kesedaran etika penggunaan internet. |