Tarikh & Hari : 08 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang belia wanita menghadiri ke Pusat Internet untuk mendapatkan bantuan mengenai cara membuat resume menggunakan Microsoft Office. Beliau perlu mempelajari asas aplikasi Microsoft Office kerana ingin menggunakan dan mengaplikasikannya di masa hadapan serta menambah kemahiran dalam aplikasi komputer.

Aktiviti

Untuk sesi pertama, beliau perlu membuka terlebih dahulu Microsoft Office yang telah disediakan, kemudian beliau haruslah memasukkan gambar berukuran passport serta membuat resume mengikut format-format yang sesuai, serta memasukkan maklumat peribadi dan maklumat pelajaran terdahulu.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 06 Mac 2019 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang pelajar sekolah rendah telah datang ke Pusat Internet kerana ingin mencari maklumat bagi tugasan sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya kemudahan internet di Pusat Internet pelajar tersebut dapat membuat pencarian maklumat dengan menggunakan Google Search.

Aktiviti

Pelajar tersebut telah diberi tugasan di sehelai kertas dan beliau harus mencari maksud lain bagi perkataan English tersebut dengan membuka Google Search dan mencarinya di Dictionary English. Petugas Pusat Internet juga turut membantu pelajar tersebut bagi memudahkan beliau menyiapkan tugasannya.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 02 Mac 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Seramai 5 orang pelajar sekolah menengah tengah hadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menyiapkan tugasan sekolah yang telah diberi oleh guru pelajar tersebut. Dengan itu, pelajar-pelajar tersebut harus menyiapkan tugasan mereka dengan menggunakan aplikasi MS Power Point yang telah disediakan oleh Pusat Internet, ia dapat meningkatkan mengetahuan pelajar mengenai aplikasi yang boleh dilakukan dalam pembelajaran dengan lebih interaktif.

Aktiviti

Pelajar tersebut ditugaskan untuk mengenal asas dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Power Point. Kemudian pelajar diberi tunjuk ajar dan latihan untuk menggunakan Power Point dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 04 Mac 2019 (Isnin)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk memudahkan dan membantu  para kemuniti untuk mengemaskini bagi Permohonan BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019 secara atas talian. Dengan adanya Pusat Internet pemohon tidak perlu lagi hadirkan diri ke Pejabat LHDN untuk mengemaskini maklumat mereka. Pemohon juga dibantu oleh petugas Pusat Internet.

Aktiviti

Pemohon hanya perlu membawa salinan maklumat peribadi,anak-anak dan pasangan dan sjil berkhawinan. Pemohonan yang tidak menukar nombor telefon hanya perlu masukkan nombor IC dan Tac Nombor dan mengisi maklumat-maklumat yang diminta dan memuat naik salinan yang telah di scan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 23 Febuari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 11 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempelajari asas menghasilkan video menggunakan kamera dan menyunting video menggunakan aplikasi Adobe Premiere CS3 bagi menghasilkan sebuah video yang lengkap.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan asas menghasilkan video hanya dengan menggunakan telefon bimbit yang mereka ada, setelah dipelajari asas menghasilkan video, peserta didedahkan pula berkenaan penggunaan Adobe Premiere bagi menyunting video, Setelah selesai petugas memberikan penerangan ringkas mengenai etika penggunaan internet.

Gambar Disini