Tarikh & Hari  07 April 2019 (Ahad)
Masa  9.30.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  19 orang 

 

Tujuan

Seramai 16 orang para ibu bapa telah mendaftar untuk menyertai pertandingan gubahan mini bouquet yang diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat.

Aktiviti

Peserta-peserta diminta hanya perlu menghias gubahan yang Pusat Internet telah sediakan bahan-bahannya. Gubahan mengikut kreatif masing-masing, juri akan menilai setiap kemasan dan kecantikan gubahan tersebut. Siapa yang paling cantik dan kreatif akan dikira pemenang.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  07 April 2019 (Ahad)
Masa  11.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  60 orang 

 

Tujuan

Seramai 60 orang tengah ramai-ramai menyertai Kuiz ICT Kahoot secara atas talian. Soalan-soalan kuiz berkenaan Pusat Internet dan petugas-petugas Pusat Internet. Kuiz dibuat sebanyak 10 soalan sahaja.

Aktiviti

Peserta-peserta hanya perlu membuka laman sesawang Kahoot! dan masukkan nama. Masa akan diberi kepada peserta selama 30 saat dan pilihan jawapan hanya a,b,c dan d sahaja. Peserta yang menjawap dengan cepat dan tepat akan dikira pemenang.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 06 April 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Seramai 10 orang telah menyertai Bengkel Poster Online yang diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Bengkel ini diadakan bagi bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta membuat poster dengan mudah dan senang dengan cara atas talian.

Aktiviti

Peserta hanya perlu membuka laman sesawang Postermywall kemudian, peserta hanya perlu memilih design dan templet yang telah tersediakan didalam laman sesawang tersebut. Peserta perlu masukkan maklumat-maklumat yang ingin dijadikan poster setelah itu, peserta perlu memuat naik poster yang telah siap hanya memilih Free Dwonload. Peserta juga diberi tunjuk ajar oleh petugas-petugas pusat internet.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  07 April 2019 (Ahad)
Masa  8.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  106 orang 

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh Komuniti Kanchong Darat,pelajar-pelajar,penduduk setempat,kanak-kanak dan ibu bapa. Program ini bertujuan mempromosikan Pusat Internet dan Aplikasi Dashboard Komuniti yang digunakan di Pusat Internet.

Aktiviti

Antara aktiviti ialah mencari keahlian baru Pusat Internet, Pertandingan Origami untuk sekolah rendah, Aktiviti Seni Kreatif 6 tahun ke bawah, Pertandingan Gubahan Mini Bouquet, Pertandingan Teka Gambar MyKomuniti, Pertandingan Slogan Kreatif MyKomuniti dan Kuiz ICT Kahoot.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari : 03 April 2019 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

2 orang remaja hadir ke Pusat Internet kerana ingin menyiapkan tugasan dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Word serta membantu peserta menaip dan memudahkan peserta melakukan tugasan tersebut. 

Aktiviti

Memberi penerangan tentang cara-cara untuk membuat tugasan yang kemas dan sistematik dengan menggunakan Microsoft Word Office dan kelebihan-kelebihan menggunakan perisian tersebut. Peserta dapat menyediakan tugasan dengan baik dan kemas mengikut format yang betul.

Gambar Disini