Tarikh & Hari : 22 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu peserta membuat permohonan pekerjaan dalam sektor awam melalui portal SPA. Bagi peserta yang baru pertama kali mengisinya, peserta perlu membuat pendaftran baru terlebih dahulu.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai butiran yang diperlukan untuk mendaftar secara online melalui portal SPA. Peserta perlu mengisi maklumat diri, maklumat akademik, ko-kurikulum, maklumat tambahan sekiranya ada, jawatan yang ingin dimohon, pengakuan pemohon serta semakan permohonan. Permohonan jawatn kosong sebagai penjawat awam adalah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 21 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang lelaki telah datang ke Pusat Internet untuk membuat pendaftaran kemasukkan ke IKBN secara atas talian dengan menggunakan laman sesawang kemahiran.kbs.gov.my pemohon perlu membuat pendaftran dan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Aktiviti

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman sesawang dan pemohon haruslah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan tersebut dengan betul serta tepat. Selain itu, pemohon digalakkan untuk membaca panduan serta syarat-syarat permohonan yang diberi bagi mengelakkan berlakunya kesilapan semasa mengisi maklumat. Pemohon dikehendaki menyemak semula maklumat yang disini dengan teliti sebelum permohonan dihantar dan juga dicetak.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 17 Jun 2019 (Isnin)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Seramai 6 orang pelajar sekolah menengah hadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menjalankan tugasan peserta dengan membuat carian maklumat di internet. Pada kali ini, Peserta diajar cara-cara mengenali enjin carian yang sering digunakan. Antaranya ialah Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan lain-lain.

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka ketiga-tiga enjin carian tersebut untuk mencuba serta kenalinya. Peserta diminta untuk mencari maklumat-maklumat dalam bentuk teks dan gambar. Setelah itu, teks dan gambar yang dicari dimasukkan ke Microsoft Office Word. Peserta juga diajar untuk berkongsi makluat yang telah dicari melalui email yang telah disediakan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 19 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang wanita telah datang ke Pusat Internet untuk membuat pendaftaran permohonan kerja secara atas talian dengan menggunakan laman sesawang Job Malaysia. Kelas ini adalah bertujuan mengajar peserta tentang untuk mendaftar sistem online untuk Pendaftran Sistem Jobsmalaysia.

Aktiviti

Peserta diberikan pendedahan satu persatu cara untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mendaftar online pendaftaran untuk mencari kerja-kerja kosong didalam website JobsMalaysia yang telah disediakan mengikut kelayakkan masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 15 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang wanita telah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan Microsoft Office Excel.  Microsoft Office Excel juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam Microsoft di samping meningkatkan kemahiran menaip. Kelas diadakan bertujuan untuk membantu peserta untuk mengetahui kepentingan ICT dalam kehidupan masa ini.

Aktiviti

Peserta juga berlatih menggunakan formula, membuat jadual, pengiraan markah dan membuat carat bar. Peserta ingin memasukkan maklumat-maklumat pelajar ke dalam senarai yang telah disediakan. Senarai maklumat tersebut juga perlu mengikut tahun yang telah ditetapkan.

Gambar Disini