Tarikh & Hari | : | 14 Jun 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang pelajar sekolah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat kerana ingin menyiapkan tugasan dengan membuat surat uji kaji selidik dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Word serta membantu peserta menaip dan memudahkan peserta melakukan tugasan tersebut. Kelas ini juga mengfokuskan asas setiap Microsoft Office Word kepada peserta. |
Aktiviti |
Peserta juga mempelajari cara membuat folder di Desktop, cara membuat surat rasmi dan surat tidak rasmi, cara menaip artikal, membuat jadual dan menukar jenis Font dan saiznya. Dengan bantuan petugas Pusat Internet. |
Tarikh & Hari | : | 12 Jun 2019 (Rabu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
2 orang remaja hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat kerana ingin menyiapkan tugasan dengan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta terhadap Microsoft Word serta membantu peserta menaip dan memudahkan peserta melakukan tugasan tersebut. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu tahu format surat yang hendak digunakan didalam Microsoft Word. Petugas akan memberi penerangan tentang cara-cara untuk membuat tugasan yang kemas dan sistematik dengan menggunakan Microsoft Word Office dan kelebihan-kelebihan menggunakan perisian tersebut. Peserta dapat menyediakan tugasan dengan baik dan kemas mengikut format yang betul. |
Tarikh & Hari | : | 13 May 2019 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang wanita buat kali pertama telah datang ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk belajar membuat table menu dan tag nama menu menggunakan Microsoft Office Word. Tujuan Peserta bukan sahaja dapat menyiapkan tugasan dengan cepat malah peserta juga dapat mempelajarinya sendiri fungsi-fungsi tool yang terdapat didalam Microsoft Office Word tersebut. |
Aktiviti |
Peserta mempelajari cara menggunakan Bar Home dan Insert yang boleh membuat table yang dikehendaki. Peserta juga mempelajari membuat tag nama menu menggunakan Shapes. Peserta membuat Table terlebih dahula dan kemudian kemasukkan teks yang dikehendaki. Petugas turut membantu peserta. |
Tarikh & Hari | : | 18 May 2019 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
1 orang lelaki telah datang ke Pusat Internet untuk membuat pendaftaran NCR atau daftar nikah (JAIS) secara atas talian. Peserta telah menyediakan maklumat diri yang di perlukan dan hanya perlu membuat pendaftaran sahaja dan mengisi maklumat yang diperlukan. |
Aktiviti |
Peserta perlu memasukkan kesemua maklumat dengan betul dan perlu mengingat username dan id password yang telah di daftar bagi memmudahkan urusan peserta. Setelah siap mengisi maklumat tersebut, Peserta perlu mencetakkannya sebagai rujukan. Peserta juga di bantu oleh petugas-petugas di Pusat Internet. |
Tarikh & Hari | : | 11 May 2019 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang lelaki telah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mempelajari cara membuat poster dengan mudah dan cepat. Tujuan peserta hadirkan bertujuan untuk membuat poster dengan mudah dan senang dengan cara atas talian, bukan itu sahaja dengan mempelajarinya peserta dapat membuat sendiri mengikut desgin yang dikehendaki. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu membuka laman sesawang Postermywall kemudian, peserta hanya perlu memilih design dan templet yang telah tersediakan didalam laman sesawang tersebut. Peserta perlu masukkan maklumat-maklumat yang ingin dijadikan poster setelah itu, peserta perlu memuat naik poster yang telah siap hanya memilih Free Dwonload. Peserta juga diberi tunjuk ajar oleh petugas-petugas pusat internet. |