USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL DADIH DAN KUIH MUIH

 

Nama Suzanah Binti Abd Razak
Umur  57 Tahun
Ahli  19 Ogos 2018

 

Latar Belakang 

Puan Sazanah merupakan seorang usahawan berasaskan makanan iaitu dadih dan kuih muih.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Terhad dalam penggunaan ICT kerana peralatan dan data internet yang tidak mencukupi untuk membuat sebarang urusan perniagaan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti aktiviti dan bengkel di PEDi Kanchong Darat, kemudahan yang disediakan digunakan sepenuhnya untuk mempromosi perniagaan sambil mempelajari ilmu yang di kongsi oleh petugas dalam mempromosikan perniagaan. 

TIDAK BERKAITAN

 

Nama Muhammad Amri Izzuddin Bin Fami Amrin
Umur  8 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Adik Muhammad Amri Izzuddin merupakan seorang murid sekolah rendah yang tidak mempunyai kemudahan capaian internet di rumah namun ingin mengikuti PDPr sepanjang tempoh PDPr berlangsung pada tahun lalu.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Selalu terlepas sesi PDPr secara dalam talian dan hanya menunggu arahan dari group Whatsapp kelas untuk melakukan kerja sekolah.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengetahui mengenai PEDi yang memberi galakan kepada kemuniti untuk menjalani PDPr di PEDi, adik Muhammad Amri Izzuddin mengikuti PDPr di PEDi dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru subjek pada hari tersebut. Keputusan bagi sesi persekolahan 2021/2022 memberi markah Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBP) kepada Muhammada Amri Izzuddin purata sebanyak TP 5.

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN BIDANG MAKANAN IAITU TEMPAHAN AISKRIM BAGI MAJLIS

 

Nama Azli Bin Ithman
Umur  48 Tahun
Ahli  06 Januari 2016

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang anak muda yang berwawasan tinggi untuk berniagaa dalam bidang makanan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Encik Azli menggunakan kaedah tradisional untuk mempromosikan perniagaan beliau iaitu hanya mengharapkan pelanggan menceritakan kebaikan mengenai perkhidmatan dan perniagaan beliau.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan PEDi Kanchong Darat, Encik Azli menggunakan kemudahan laman sosial iaitu Facebook dan juga Whatsapp dalan mempromosikan perniagaanya. Disamping itu, beliau juga mengikuti aktiviti berkaitan keusahawanan di PEDi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan beliau.


 

TIDAK BERKAITAN

 

Nama Abdullahazam Bin Ahyar 
Umur  20 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Seorang pelajar universiti awam di Shah Alam dengan mengambil kursus "English for Profesional Communication' dan berada di semester 3.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Abdullahazam tidak tahu menggunakan komputer dan laptop bagi menyiapkan tugasan sekolah semasa berada di peringkat sekolah menengah.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti bengkel dan kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Kanchong Darat, beliau dapat menyiapkan tugasan berbentuk digital antaranya folio, kerja khusus bagi tingkatan empat dan lima. Kini beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tugasan-tugasan beliau lebih berbentuk multimedia. Dengan ilmu yang dipelajari di PEDi Kanchong Darat, CGPA bagi semester satu dan semester dua adalah sebanyak 3.15.


 

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN BAKERI DAN PASTRI

 

Nama Azaniah Binti Hasan
Umur  48 Tahun
Ahli  04 Julai 2013

 

Latar Belakang 

Puan Azaniah merupakan usahawan dan tenaga pengajar dalam bidang jahitan dan juga berada di dalam bidang bakeri dan pastri.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Pn Azaniah menulis nota di dalam kertas bagi diedarkan kepada pelajar. Laporan berkenaan kelas juga ditulis di dalam kertas untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT, beliau menggunakan perisian seperti Microsoft Office Word, Power Point bagi memudahkan urusan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu jahitan semasa kelas.