USAHAWAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN MENERIMA TEMPAHAN KRAFTANGAN

 

Nama Palaniammah A/P Periasamy
Umur  54 Tahun
Ahli  23 September 2015

 

Latar Belakang 

Seorang wanita yang berusaha ingin meningkatkan kemahiran dan pendapatan keluarga dengan menjalankan perkhidmatan gubahan kraf dan pengukiran serta menjadi salah seorang guru mengajar mengikut kemahiran yang diketahui.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Puan Palaniammah menerima tempahan dikalangan rakan  setaman dan juga rakan sebangsa. Pendapatan yang diperolehi oleh beliau hanyalah sekitar RM 150 sehingga RM300 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah penglibatan dan menimba ilmu melalui PI Kanchong Darat dengan menjalankan perniagaan serta dapat menjadi tenaga pengajar bagi program komuniti, pendapatan beliau meningkat kepada RM1,000 sebulan. Kaedah yang digunakan antaranya promosi melalui Facebook Group dan Whatsapp Group. Disamping itu juga, beliau banyak menyertai program yang dianjurkan di sekitar untuk menambah rangkaian perniagaan.

USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL ANEKA SAYURAN DAN BUAHAN

 

Nama Sazlizawati Binti Mudagir
Umur  41 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Puan Sazlizawati merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan berusaha membantu dalam dana pendididkan anak nya dengan melakukan penjualan aneka sayuran dan buahan di tepi jalan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Puan Sazlizawati jarang menggunakan teknologi dan penggunaan teknologi hanya melalui telefon pintar miliknya. Asas penggunaan teknologi untuk urusan harian adalah terhad dan beliau sangat berhati-hati semasa menggunakan teknologi.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan Pusat Internet, beliau yakin untuk menggunakan teknologi namun masih berwaspada. Beliau menggunakan teknologi untuk mengembangkan perniagaan dan mempromosi mengenai produk beliau. Disamping itu, beliau juga mempelajari ilmu baru mengenai suntungan video melalui Adobe Primier dan penggunaan Dashboard Komuniti.

USAHAWAN PERKHIDMATAN PERUNDING KECANTIKKAN MARY KAY

 

Nama Razila Binti Rahmat
Umur  41 Tahun
Ahli  24 Ogos 2019

 

Latar Belakang 

Puan Razila seorang wanita yang menjaga kecantikan dan peluang ini menjadikan beliau seorang perunding kecantikan Mary Kay.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Semasa menjadi perunding kecantikan tanpa melibatkan diri dengan Pusat Internet, pendapatan beliau dengan menjadi perunding kecantikan adalah dalam sekitar RM500 sehinggan RM800 dengan menjual produk-produk Mary Kay dan menjadi ejen Mary Kay.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti aktiviti di Pusat Internet pertama kali tenaga pengajar kecantikan kepada wanita melalui bengkel kecantikan yang dianjurkan bersama oleh Pusat Wanita Berdaya Dun Morib, pelbagai aktiviti dan program yang telah diikuti dan ini telah meningkatkan pendapatan dari sebelum ini sehingga kepada RM2000

USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL ANEKA SAYURAN DAN BUAHAN

 

Nama Sazlizawati Binti Mudagir
Umur  41 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan berusaha membantu dalam dana pendididkan anak nya dengan melakukan penjualan aneka sayuran dan buahan di tepi jalan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, Puan Sazlizawati membuat pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupannya dan anaknya dan pendapatan yang diterima adalah berbentuk gaji harian dalam anggaran RM30 sehari.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti aktiviti di Pusat Internet, barulah Puan Sazlizawati mengetahui teknik untuk menjana pendapatan antaranya beliau telah terlibat dalam penanaman dan penjualan aneka sayuran dan buahan. Kini pendapatan beliau dalam sehari adalh lebih kurang RM500.

USAHAWAN DALAM MEPELAJARI CARA MEMBUAT POSTER 

 

Nama Nurhidayu Binti Samat Lajib
Umur  35 Tahun
Ahli  01 Januari 2017

 

Latar Belakang 

Puan Nurhidayu adalah seorang ibu yang mempunyai tiga anak dan beliau masih bekerja sebagai kerani akuan disebuah kilang yang terletak di Banting.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Puan Nurhidayu telah mempunyai asas penggunaan komputer dan ingin menambah ilmu pengetahuan beliau mengenai perisian yang terkini antaranya penggunaan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator kerana minat beliau di dalam rekaan bentuk.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengetahui di PI Kanchong Darat ada membuat bengkel mereka bentuk poster dengan menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, beliau tidak melepaskan peluang tersebut dan menyertai program yang dijalankan di PI Kanchong Darat dengan ilmu yang telah ditimba, beliau banyak menghasilkan poster yang beliau inginkan