USAHAWAN PERNIAGAAN MENTERNAK LEMBU UNTUK DIJADIKAN JUALAN DAGING

 

Nama Azlynda Eril Binti Samsudin
Umur  45 Tahun
Ahli  15 Disember 2017

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang suri rumah namun sentiasa mencari jalan untuk menjana pendapatan dari tidak membuat apa-apa dirumah. Antara jualan yang dibuat adalah menjual pes rendang cili padi, ketupat palas frozen serta menjual daging dan lembu untuk dijadikan korban atau kenduri.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Pn Azlynda hanya menjual di kalangan orang kampung dan kenalan serta rakan lama. Pendapatan beliau hanyalah sekitar RM1,500 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah penglibatan dan menimba ilmu melalui PI Kanchong Darat dengan menjual lembu dan daging serta rendang cili padi dan ketupat palas frozen, pendapatan beliau meningkat kepada RM5,000 sebulan. Kaedah yang digunakan antaranya promosi melalui Facebook Group, Whatsapp Group dan googlesites.

USAHAWAN PERNIAGAAN DROPSHIP PRODUK MAKANAN KERING

 

Nama Nor Aznita Binti Sewat
Umur  46 Tahun
Ahli  23 September 2017

 

Latar Belakang 

Puan Aznita merupakan seorang suri rumah yang tinggal bersama seorang suami yang telah kehilangan upaya semasa bekerja dan 4 orang anak beliau.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum terlibat dengan Pusat internet, Puan Aznita banyak menggunakan telefon pintar beliau di rumah selalu kehabisan data setelah menggunakan internet. Beliau menggunakan internet untuk berkomunikasi bersama rakan disamping mencari pendapatan tambahan dengan menjadi ejen dropship produk.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengenali Pusat Internet melalui Program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan, Puan Aznita lebih kerap mengikuti aktiviti dan menggunakan kemudahan di Pusat Internet dengan efisyen serta dapat membahagikan masa beliau antara keluarga dan urusan harian. 

 

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK CENDERAHATI DAN MAKANAN BASAH

 

Nama Saripah Zam Binti Syed Bakri
Umur  58 Tahun
Ahli  14 Mei 2019

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang wanita yang mempunyai perniagaan miliknya dalan menghasilkan makanan basah antarnya pulut kuning dan rendang serta makanan ini juga boleh dihasilkan untuk doorgift atau perkahwinan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaaan ICT, Puan Saripah Zam menerima tempahan hanya dari kalangan rakan, jiran dan juga saudara mara serta tempahan adalah mengikut musim. Pendapatan yang diterima beliau sebulan kadang-kadang tidak banyak. Dalam lingkungan RM150-RM250 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan program serta aktiviti di Pusat Internet Kanchong Darat, Puan Saripah Zam memahami konsep perniagaan yang perlu diaplikasikan kepada produk dan perniagaan beliau. Apabila mengikuti aktiviti di Pusat Internet peniagaan beliau mula mendapat tempahan dari dalam dan juga luar daerah Kuala Langat. Pendapatan beliau meningkat dari RM150 sehinggan RM800 sebulan.

 

USAHAWAN PERNIAGAAN DROPSHIP PRODUK MAKANAN KERING

 

Nama Nor Aznita Binti Sewat
Umur  46 Tahun
Ahli  23 September 2017

 

Latar Belakang 

Puan Aznita merupakan seorang suri rumah yang tinggal bersama seorang suami yang telah kehilangan upaya semasa bekerja dan 4 orang anak beliau.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum terlibat dengan Pusat internet Puan Aznita banyak menggunakan telefon pintar beliau di rumah selalu kehabisan data setelah menggunakan internet. Beliau menggunakan internet untuk berkomunikasi bersama rakan disamping mencari pendapatan tambahan dengan menjadi ejen dropship produk. Sebelum terlibat dengan PI Internet Kanchong, pendapatan yang dimiliki dalam sebulan adalah di dalam anggaran Rm50-RM200.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengenali Pusat Internet melalui Program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan, Puan Aznita lebih mengikuti aktiviti dan menggunakan kemudahan di Pusat Internet dengan efisyen serta dapat membahagikan masa beliau antara keluarga dan urusan harian. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet, pendapatan beliau meningkat sekali ganda.

 

USAHAWAN PERKHIDMATAN PENGINAPAN HOMESTAY

 

Nama Nor Aishah Shapie
Umur  48 Tahun
Ahli  18 Mei 2018

 

Latar Belakang 

Puan Aishah merupakan seorang guru yang mengusahakan perkhidmatan rumah inapan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Baru mengusahakan perniagaan berbentuk perkhidmatan Homestay dan tidak mahir dalam menggunakan teknologi terkini serta aplikasi yang boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Dengan mengikuti aktiviti dan kelas serta bengkel yang dijalankan di Pusat Internet Kanchong Darat, Puan Aishah telah berjaya memahami penggunaan blog untuk digunakan dalam mempromosikan perniagaan beliau.