MEMPELAJARI ASAS MS OFFICE 2010 (WORD, POWER POINT)

Nama  Chua Eng Kok 
Umur 45 Tahun 
Ahli 1 Disember 2017

 

Latar Belakang

En Chua merupakan seorang ketua keluarga yang mempunyai dua orang anak dan seorang isteri. Penggunaan komputer yang kurang dalam kehidupan seharian menyebabkan beliau tersedar bahawa sekurang-kurangnya beliau perlu mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibat PI1M

En Chua mempunyai seorang anak yang sedang bersekolah rendah dan anak beliau akan merujuk kepada sekiranya tidak memahami berkenaan sesuatu. Namun, pada suatu hari anaknya telah bertanya berkenaan ICT dan beliau tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Hal ini adalah disebabkan beliau memang kurang menggunakan dan aplikasikan ICT di dalam urusan harian dan kerja. 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibat PI1M

Beliau pernah menghadiri sebuah bengkel di Pi1M Kanchong Darat berkenaan pengisian aplikasi COMBI bagi wakil taman. Jadi beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari ICT di Pi1M Kanchong Darat dengan segera agar beliau boleh menjawab persoalan sekiranya anak beliau bertanya berkenaan ICT. Di samping itu juga beliau boleh mengaplikasikan penggunaan ICT di rumah kerana beliau telah mempunyai sebuah komputer di rumah untuk kegunaan di rumah sekiranya perlu. Setelah mempelajari di PI1M, beliau selalu membuat latihan di rumah dan mencuba sesuatu yang baru.

 


 

Kisah kejayaan ICT

MUHAMMAD NUR AZMI BIN JANARI

azmi

Adik Muhammad Nur Azmi merupakan seorang pengguna tetap Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat dan juga merupakan seorang penuntut di Sekolah Agama Menengah Tunku Ampuan Rahimah (SAMTAR) di Tingkatan 6. Mula mengenali Pusat Internet Kanchong Darat dari mula bersekolah di Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (SAMUS) dan banyak mengikuti program di Pusat Internet Kanchong Darat sehingga kini.

Sebelum ini, apabila hendak melakukan kerja sekolah, adik Muhammad Nur Azmi lebih banyak menggunakan secara manual antaranya perihal dalam menyiapkan folio yang diperlukan oleh guru bagi sesebuah subjek. Apabila kerja sekolah memerlukan pelajar untuk mencari maklumat yang lebih mendalam, pelajar mencari alternatif lain untuk melengkapkan kerja sekolah yang diminta oleh guru. 

Kewujudan Pusat Internet Kanchong Darat banyak membantu adik Muhammad Nur Azmi dalam menyiapkan kerja sekolah nya. Dengan bantuan petugas, dari tidak mengenali komponen computer, menaip, mengira, persembahan interaktif dan lain, kini adik Muhammad Nur Azmi telah mengetahui fungsi bagi setiap komponen yang diperlukan. Sehingga kini, walaupun beliau tidak menggunakan computer di Pusat Internet Kanchong Darat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya, beliau akan tetap hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat dengan membawa laptop peribadi bagi menggunakan kemudahan dan suasana di Pusat Internet yang nyaman dan harmoni menyebabkan beliau masih ke Pusat Internet.

 

Kisah kejayaan Keusahawanan

Jamilah Binti Md Nor

jamilah

Ejen dropship makanan, membuat karipap frozen (apabila terdapat permintaan)

Merupakan seorang ibu tunggal yang sentiasa inginkan perubahan bagi mengubah kehidupan sekeluarga. Merupakan ahli Persatuan Wanita Berdaya (PWB) Dun Morib yang membantu wanita – wanita dari segi kemahiran antaranya masakan, kraftangan, soft skill dan teknologi komputer. 

Sebelum mengenali penggunaan ICT,penjualan produk adalah disekitar kawasan Kanchong Darat dan sekitarnya. Produk juga dipromosikan dikalangan kawan-kawan dan saudara mara rapat yang mengetahui mengenai produk yang dijual. 

PWB Dun Morib yang menyalurkan wanita-wanita ini untuk pergi ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi membantu wanita untuk berdaya dari pelbagai kemahiran antaranya ICT. Pn Jamilah mempelajari dunia perniagaan atas talian antaranya MyShop, Facebook Page, Teknik Pemasaran dan lain-lain. Selepas terlibat dengan penggunaan ICT, perniagaan dan permintaan produk meningkat sedikit demi sedikit namun terdapat musim juga permintaan terhadap produk.  

Asrina Binti Jamiran 

asrina

Menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan iaitu Spa dan Penjagaan Kecantikan Muslimah dan juga menyediakan perkhidmatan mengajar sekiranya terdapat permintaan.

Merupakan seorang bekas pekerja di Mini RTC Sg Lang Tengah, mempunyai kesedaran bahawa apabila terlibat dalam bidang keusahawanan, hidup lebih seronok kerana terdapat cabaran yang boleh diambil walaupun mempunyai risiko tertentu bagi setiap cabaran yang diambil. Mempunyai keinginan yang tinggi dalam mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, lalu melibatkan diri dalam bidang keusahawanan setelah selama ini mengajar asas keusahawanan tanpa ada latar belakang perniagaan. Dapat menubuhkan sebuah syarikat bumiputera iaitu Sufi Haya’ Saloon & Beauty Care.

Mengetahui bahawa konsep pembelajaran di Pusat Internet Kanchong Darat menarik dan dapat meningkatkan dan ilmu, Pn Asrina walaupun dalam keadaan sibuk dapat meluangkan masa apabila terdapat kelas atau aktiviti yang terkena pada tarikh beliau ada masa terluang. Dengan salah satu aktiviti yang dapat dipelajari, bolehlah Pn Asrina mengaplikasikan konsep tersebut ke dalam perniagaan nya. 

 

LAPORAN KISAH KEJAYAAN ICT DAN USAHAWAN SUKU PERTAMA (JANUARI - MAC) BAGI TAHUN 2017

KISAH KEJAYAAN ICT (EN ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM)- disini!

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN MINI RTC SG LANG TENGAH - disini!

KISAH KEJAYAAN USAWAHAN PUSAT WANITA BERDAYA DUN MORIB - disini!

KISAH KEJAYAAN ICT (MUHAMMAD HAIKAL BIN JEFFRI)- disini!

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN NOR SAHIDAH BINTI BAIN - disini!

 

Muhammad Shahrul bin Razali merupakan seorang usahawan atas talian yang berjaya.

Beliau menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia untuk menjalankan perniagaan beliau.

Di usia yang masih muda, beliau berjaya membuka perniagaan sendiri dengan bantuan dan sokongan daripada pihak Pusat Internet 1 Malaysia.

Ikuti kisah kejayaan beliau disini!