PENGENALAN KEPADA ASAS KOMPUTER DAN  MICROSOFT OFFICE 

 

Nama  Muhammad Ammar Bin Ambre 
Umur 22 Tahun
Ahli 13 Oktober 2013 

 

Latar Belakang 

En Muhammad Ammar merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU) dari segi pembelajaran dan kecacatan fizikal. Walaupun keadaan dirinya itu, beliau mempunyai usaha untuk mempelajari ICT secara asas untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam bidang ICT dengan mengikuti kelas asas yang terdapat di Pusat Internet Kanchong Darat. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Sebelum Penggunaan ICT, En Muhammad Ammar hanya tahu menggunakan telefon pintar beliau tanpa mengetahui asas penggunaan komputer dan aplikasi di dalam komputer. Penggunaan telefon pintar pula hanya berdasarkan aplikasi 'WeChat' sahaja. 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Antara aktiviti yang dijalankan kepada En Muhammad Ammar adalah mempelajari asas penggunaan komputer dan aplikasi antaranya Microsoft Office Word. Dengan penerangan dan latihan, beliau mula memahami penggunaan dan dapat menghasilkan surat rasmi beserta contoh dengan panduan petugas. Selain daripada surat rasmi, beliau dapat menghasilkan senarai nama dengan menggunakan fungsi kotak yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. 

En Muhammad Ammar semasa mengikuti bengkel asas MS Office Word

 

 


 

 

 

 

 

 

MEMPELAJARI ASAS MS OFFICE (WORD, EXCEL & POWERPOINT)

Nama   Usha Devi A/P Parathapan  
Umur  22 Tahun 
Ahli 29 Mei 2016

 

Latar Belakang

Cik Usha Devi merupakan belia wanita yang berkeinginan untuk mendalami mengenai ilmu teknologi maklumat untuk dimasukkan  di dalam kemahiran di dalam Resume yang akan dihantar kepada bakal majikannya. Beliau masih tercari - cari peluang pekerjaan dalam bidang perkeranian atau bidang pengurusan yang pada masa kini yang memerlukan bidang ICT sekurang-kurangnya berada di tahap Asas. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Pada mulanya beliau agak janggal kerana tidak mahir dalam penggunaan komputer kerana kehidupan seharian lebih banyak menggunakan telefon. Penggunaan telefon tersebut lebih kepada internet menggunakan laman sosial.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Pada tahun 2016, Cik Usha Devi pernah mengikuti kelas asas di Pi1M Kanchong Darat namun pada masa itu, beliau hanya mengikuti kelas asas sehari sahaja atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, pada awal tahun 2018, beliau telah kembali mengikuti kelas asas yang disediakan di Pi1M Kanchong Darat dan mengikuti kelas selama 2 minggu untuk menamatkan pembelajaran asas beliau.

Kini, beliau berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai seorang kerani di sebuah syarikat yang terletak di Banting dan mula bekerja pada awal bulan Februari 2018 yang lalu.

 


 

 

 

USAHAWAN MAKANAN KERING 

Nama  Salbiah Binti Sahrin 
Umur  44 Tahun 
Ahli  1 November 2013

 

Latar Belakang 

Usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk makanan kering iaitu Kuih Ros dan Kuih Bijan disamping itu menerima tempahan Kek, Kuih, Biskut, Aiskrim dan lain-lain.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Menerima tempahana dari penduduk sekitar kampung sahaja serta kenalan rapat. Pendapatan yang diterima di dalam anggaran RM 1,500 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Setelah menggunakan medium internet seperti media sosial seperti Facebook, Alhamdulillah terdapat peningkatan di dalam jualan sehinggan mencecah RM 3,000 sebulan. Medium promosi yang digunakan selian daripada teknologi maklumat adalah dengan menggunakan Banner serta terdapat juga promosi melalui Whatsapp Group yang telah diikuti. Antara kemahiran yang telah diperlajari di Pi1M Kanchong Darat adalah penggunaan MS Office agar dapat dicatat di dalam urusan perniagaan serta Pemasaran Menggunakan Media Sosial.

Ikuti kisah kejayaan Pn Salbiah Sahrin disini

Puan Salbiah bersama suami dalam menyiapkan papan tanda di dalam premis perniagaan dengan menggunakan MS Office Power Point


 

USAHAWAN MENJUAL MAKANAN RINGAN

Nama : Suhailah Binti Shahbudin
Umur 40 tahun
Ahli 1 Mac 2018

Latar belakang

Seorang suri rumah dan juga isteri yang menginginkan kehidpan yang lebih baik dari sekarang. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan pejuang kanser di mana beliau menghidap kanser. Ini tidak mematahkan semangat beliau untuk berniaga dan mempunyai pendapatan sendiri. Tempahan diterima apabila mempunyai tenaga dan kemampuan diri lebih dari melayan kesakitan. Perniagaan ini menyeronokkan dan mampu membuat beliau lupa sedikit berkenaan penyakit yang ditanggung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perniagaannya lebih kepada menerima tempahan di sekitar kampung dan kenalan rapat. Berkenaan pendapatan pula sebelum penggunaan ICT, anggaran adalah di dalam RM100 – RM200 dalam sebulan. Dengan usaha dan minat di dalam perniagaan, Pn Suhailah masih tidak berputus asa dengan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Alhamdulillah, dengan penggunaan ICT pendapatan Pn Suhailah meningkat dengan mendadak kepada RM500 sehingga RM800. Beliau menggunakan medium media sosial Facebook sebagai salah satu cara untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkannya. Walaupun beliau kadang – kadang perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, namun perniagaan masih berjalan walaupun ada masa tidak aktif pada perniagaannya. 

CDFDF


 

 

USAHAWAN PERKHIDMATAN TUISYEN BAHASA ARAB

Nama  :   Muhammad Isman Bin Kahar 
Umur 25 Tahun 
Ahli 17 Mac 2010 

 

Latar Belakang 

Lepasan Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) di bawah kursus Bahasa Arab dan Komunikasi.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI1M 

Perkhidmatan ini dijalankan semasa masih dalam pembelajaran di Universiti dengan mengambil kelas tuisyen Bahasa Arab bagi penduduk sekitar USIM yang memerlukan perkhidmatan tenaga pengajar Bahasa Arab bagi anak- anak mereka. Pendapatan sebagai guru tuisyen Bahasa Arab ini tidak tetap kerana ia berdasarkan permintaan. Paling sedikit RM10 sahaja sekali kelas untuk individu.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Mula mengikuti program keusahawanan di Pi1M Kanchong Darat dan mula mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk memasarkan perkhidmatan Tuisyen Bahasa Arab di dalam 'group' Whatsapp yang telah diikuti bagi daerah berdekatan. Antara kemahiran keusahawanan yang telah dipelajari oleh beliau adalah Teknik Copywriting, Pemasaran menggunakan My Shop dan E -Rezeki. Buat masa ini, beliau telah mengajar seorang murid yang mengikuti kelas Bahasa Arab di rumah beliau.

En Muhammad Isman (tiga dari kanan) selesai mengikuti program Hari Dashboard Komuniti pada 19 November 2017 yang lalu