MEMPELAJARI ASAS MS OFFICE & MS OFFICE EXCEL

 

Nama   MOHD FARIS MAT YUSOFF 
Umur  29 Tahun 
Ahli 7 Jun 2018

 

Latar Belakang

En Mohd Faris merupakan seorang belia yang telah mempunyai pekerjaan iaitu bekerja sebagai seorang pembantu di Kantin sekolah namun dalam masa ingin membuat perubahan di dalam hidup untuk lebih maju dan lebih dekat dengan penggunaan teknologi bermula dengan asas..

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

En Mohd Faris sebelum ini pernah mempelajari asas penggunaan MS Office namun setelah lama ditinggalkan, beliau telah lupa dan bersikap ingin kembali mengetahui berkenaan Ms Office untuk pengurusan Kantin yang telah diamanahkan oleh orang atasan beliau untuk menguruskan kantin dengan lebih sistematik

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Dengan mengikuti aktiviti dan kelas di Pusat Internet Kanchong Darat, En Mohd Faris berjaya memahami penggunaan teknologi dan aplikasi MS Office supaya boleh digunakan dalam pengurusan Kantin sama ada dari segi perekodan perniagaan yang asas dan pengurusan bil – bil yang diterima dengan membuat perbandingan antara bulan – bulan sebelumnya.

 


 

 

USAHAWAN AGENSI PELANCONGAN  

 

Nama Johaini Binti Abdul Jalal 
Umur  45 Tahun
Ahli  12 Ogos 2016 

 

Latar Belakang 

Pn Johaini merupakan seorang suri rumah yang mengusahakan perkhidmatan berbentuk agensi pelancongan sama ada di dalam atau di luar negara mengikuti permintaan pelanggan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum terlibat dengan program di Pusat Internet Kanchong Darat, perniagaan biasa biasa sahaja dan tidak mempunyai rangkaian perniagaan rakan – rakan. Pendapatan tidak mencapai sasaran, hanya cukup –cukup makan. Pengetahuan mengenai teknologi juga terhad. 

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Pelbagai program dan bengkel yang telah diikuti oleh Pn Johaini dari Asas ICT sehingga kepada program Bengkel Kecantikan yang diadakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Menurut beliau, program yang dijalankan banyak membantu beliau sebagai wanita dan suri rumah disamping dapat mengembangkan lagi rangkaian perniagaan apabila berjumpa rakan baru di Pusat Internet Kanchong Darat. Tambahan, dengan pengetahuan yang dipelajari di Pusat Internet, diaplikasikan ke dalam perniagaan. 


 

USAHAWAN PERKHIDMATAN 'HOMESTAY'

 

Nama Nor Aishah Binti Shafie 
Umur  47 Tahun 
Ahli  16 Mei 2018 

 

Latar Belakang

Pn Aishah merupakan seorang guru namun dalam masa yang sama beliau mengusahakan perkhidmatan rumah inapan yang terletak di Taman Banting Baru.  

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Beliau baru terlibat dalam perniagaan perkhidmatan ini dan masih belum mahir dalam mempromosikan perniagaannya menggunakan internet. Beliau hanya tahu mempromosikan homestay beliau melalui Whatsapp Group sahaja dan kurang mendapat sambutan dikalangan group Whatsapp tersebut.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Apabila beliau menggunakan kemudahan, terlibat dengan Pusat Internet, beliau mempelajari sesuatu yang baru untuk mempromosikan perniagaan beliau. Antara yang dipelajari oleh Pn Aishah di Pusat Internet Kanchong Darat adalah beliau dapat mempromosikan perniagaan melalui Facebook Page dan juga laman blogspot. Dengan penggunaan media sosial serta laman web yang dibina, beliau mengharapkan pasaran pelanggan lebih meluas dan tidak terdiri dari kalangan dalam daerah, namun tersebar ke luar daerah Kuala Langat. Apabila mempelajari asa membangunkan laman blogspot, beliau diberi tunjuk ajar untuk menggunakan ayat yang lebih sesuai untuk digunakan semasa memperkenalkan perkhidmatan homestay beliau.

Pn Aishah Shafie telah berjaya membina laman blogspot iaitu Homestay Banting Baru

 


 

USAHAWAN SOFT ICE CREAM  

 

Nama Azli Bin Ithman 
Umur  38 Tahun
Ahli  6 Januari 2016 

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang usahawan yang berwawasan tinggi dan sangat berminat dengan perniagaan berbentuk makanan. Sama ada kering atau basah, beliau masih mencuba dan terus mencuba untuk berniaga.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, En Azli hanya menggunakan kaedah tradisional dalam mempromosikan perniagaan beliau dengan mengharapkan pelanggan yang sedia ada akan menceritakan mengenai kebaikan perniagaan En Azli kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain  untuk menggunakan perkhidmatan beliau.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan Pusat Internet Kanchong Darat, En Azli menggunakan laman sosial iaitu Facebook  dan juga aplikasi di telefon pintar iaitu Whatsapp untuk mempromosikan perniagaannya dengan lebih meluas. Di samping itu juga, En Azli terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet Kanchong Darat bagi meningkatkan kemahiran di dalam bidang keusahawanan. Setelah mengikuti dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet, perniagaan beliau mula dikenali ramai dan digunakan oleh pengguna dari luar daerah Kuala Langat. Tidak hanya tertumpu kepada orang kampung Kanchong Darat sahaja.

En Azli semasa menghasilkan Rancangan Perniagaan dengan meminta idea dan pandangan dari petugas


 

 

PENGENALAN KEPADA ASAS KOMPUTER DAN  MICROSOFT OFFICE 

 

Nama  Muhammad Ammar Bin Ambre 
Umur 22 Tahun
Ahli 13 Oktober 2013 

 

Latar Belakang 

En Muhammad Ammar merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU) dari segi pembelajaran dan kecacatan fizikal. Walaupun keadaan dirinya itu, beliau mempunyai usaha untuk mempelajari ICT secara asas untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam bidang ICT dengan mengikuti kelas asas yang terdapat di Pusat Internet Kanchong Darat. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Sebelum Penggunaan ICT, En Muhammad Ammar hanya tahu menggunakan telefon pintar beliau tanpa mengetahui asas penggunaan komputer dan aplikasi di dalam komputer. Penggunaan telefon pintar pula hanya berdasarkan aplikasi 'WeChat' sahaja. 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Antara aktiviti yang dijalankan kepada En Muhammad Ammar adalah mempelajari asas penggunaan komputer dan aplikasi antaranya Microsoft Office Word. Dengan penerangan dan latihan, beliau mula memahami penggunaan dan dapat menghasilkan surat rasmi beserta contoh dengan panduan petugas. Selain daripada surat rasmi, beliau dapat menghasilkan senarai nama dengan menggunakan fungsi kotak yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. 

En Muhammad Ammar semasa mengikuti bengkel asas MS Office Word