USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN MAKANAN DAGING MASAK HITAM

 

Nama Noorizah Binti Sadiran
Umur  42 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Puan Noorizah merupakan seorang usahawan beerasaskan makanan iaitu daging masak hitam menggunakan resepi keluarga turun temurun.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penglibatan PIK dengan perniagaan saya ini, pendapatan bersih dalam sebulan hanya mencecah RM500 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Penglibatan Pn Noorizah di PIK adalah salah satu program kerjasama PIK dan Mini RTC Sg Lang Tengah dengan mengikuti bengkel DIY Kedai Dalam Talian MyShop. Setelah mengikuti pelbagai aktiviti di PIK Kanchong Darat, pendapatan bersih dalam sebulan beliau telah meningkat dari RM500 sebulan kepada RM1500 sebulan.


 

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN BAKERI DAN PASTRI SAMBIL MENGAMBIL UPAH MENJAHIT BAJU DAN KRAFTANGAN

 

Nama Azaniah Binti Hasan
Umur  48 Tahun
Ahli  31 Januari 2020

 

Latar Belakang 

Pn Azaniah mempuanyai sijil kemahiran dalam bidang bakeri dan pastri serta sijil kemahiran dalam jahitan. Dengan kemahiran serta pengetahuan yang telah dipelajari, beliau telah menjalankan perniagaan berbentuk bakeri dan pastri serta jahitan baju.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Pn Azaniah mendapat tempahan jahitan atau bakeri dan pastri melalui rakan-rakan serta saudara mara. Pendapatan bersih beliau dalam sebulan di dalam anggaran RM1,000 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT, Pendapatan beliau meningkat kepada RM1,800-RM2,000 sebulan dengan mempromosi produk serta perkhidmatan menjahit baju melalui bengkel-bengkel yang disertai dengan tenaga pengajar sama ada jahitan atau bakeri dan pastri.


 

USAHAWAN PERNIAGAAN PRODUK BEYNA LEGASI,AISKRIM KERING DAN KEREPEK

 

Nama Fatin Nabilah Binti Mohd Fauzi
Umur  20 Tahun
Ahli  19 November 2015

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang pelajar yang minat dengan kecantikan kulit dan tatarias muka. Bermula dengan memakai produk Beyna dan sesuai dengan kulit lalu mempromosi produk kepada rakan-rakan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum terlibat dengan ICT dan Pusat Internet Komuniti, hasil jualan lebih kurang sekitar RM500 - RM1,000 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti bengkel di Pusat Internet Komuniti dan bengkel bimbingan dari 'upline', berfungsi menjadi ejen dan telah dipromosi untuk menjadi stokis kawasan banting. Hasil jualan meningkat dari RM1,000 kepada RM15,000.


 

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN MAKANAN DAGING MASAK HITAM

 

Nama Noorizah Binti Sadiran
Umur  42 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Puan Noorizah merupakan seorang usahawan beerasaskan makanan iaitu daging masak hitam menggunakan resepi keluarga turun temurun.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Terhad dalam penggunaan ICT kerana peralatan dan data internet yang tidak mencukupi untuk membuat sebarang urusan perniagaan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengikuti aktiviti dan bengkel di PIK Kanchong Darat, kemudahan yang disediakan digunakan sepenuhnya untuk mempromosi perniagaan sambil mempelajari ilmu yang dikongsikan oleh petugas dalam mempromosi perniagaan.


 

USAHAWAN PERNIAGAAN PENJUAL IKAN PATIN KOLAM DARI TEMERLOH PAHANG

 

Nama Nur Sufiah Umairah Sarudin
Umur  27 Tahun
Ahli  18 Julai 2014

 

Latar Belakang 

Puan Nur Sufiah merupakan seorang wanita yang telah berkahwin namun inginkan pendapatan tambahan bagi urusan peribadi dan juga minat berniaga dari bekerja makan gaji.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum terlibat dengan PIK, promosi hanya berlegar dalam daerah yang di duduki sahaja. Pendapatan yang diterima juga boleh dikatakan purata sebulan dalam RM800 sehingga RM1,000.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan bengkel - bengkel yang disediakan oleh PIK, agensi dan NGO di daerah Kuala Langat, pendapatan saya meningkat kepada RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan mengikut musim.

Pn Nur Sufiah merupakan seorang wanita yang telah berkahwin namun inginkan pendapatan tambahan bagi urusan peribadi dan juga minat berniaga  dari bekerja makan gaji.