USAHAWAN PERNIAGAAN MENJUAL SENI KRAFTANGAN MENGAIT

 

Nama Nur Amalina Binti Suardi
Umur  30 Tahun
Ahli  31 Januari 2020

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang anak muda yang telah berpatah semangat untuk mencari kerja dengan menimba pengetahuan berlainan dari yang telah dipelajari Kejuteraan Elektrik di Politeknik namun dalam masa yang ingin menambah pendapatan untuk berkahwin. Namun kini telah menceburi diri dalam bidang mengait benang untuk dihasilkan menjadi sesuatu produk.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan dan terlibat menggunakan ICT, Pn Amalina menggunakan kafe siber yang terletak di kampung namun tidak selesa menggunakan talian internet di sana kerana terlalu padat dengan pengguna dan penggunaan internet tidak bertapis. Penggunaan internet di sana hanya untuk permohonan pekerjaan dan cetakan resume sahaja.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT dan keusahawanan di Pusat Internet Kanchong Darat, Pn Amalina mula menggunakan kemudahan PI dan mengikuti aktivit berunsurkan keusahawanan untuk menigkatkan jualan produknya. Beliau juga dapat membina Facebook Pages serta membina akuan perniagaan Shopee melalui bengkel yang diadakan di PI Kanchong Darat.

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PEMBUATAN MAKANAN IAITU ROTI

 

Nama Nor Shafinaz Binti Ab Aziz
Umur  36 Tahun
Ahli  22 September 2018

 

Latar Belakang 

Puan Nor Shafinaz merupakan suri rumahtangga serta usahawanita yang berusaha untuk membantu suami meningkatkan pendapatan seisi rumah. Minat dalam menghasilkan pelbagai aneka roti.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Menggunakan kemudahan Pusat Internet Kanchong Darat hanya untuk melayari internet dan memohon permohonan secara atas talian dan mengetahui mengenai kelas keusahawanan berbentuk ICT dijalankan di PI. Sebelum mempromosi produk secara atas talian, pendapatan sebulan hanya sekadar RM200 sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Dengan mengikuti bengkel keusahawanan serta bengkel ICT yang dijalankan di PI Kanchong Darat, perniagaan saya banyak diaplikasikan dengan mengikuti teknik yang telah dipelajari dalam kaedah pemasaran, tips perniagaan, gambar dan lain-lain. Peningkatan pendapatan saya meningkat kepada RM800-RM1,000 sebulan.

Pn Nor Shafinaz merupakan suri rumahtangga serta usahawanita yang berusaha untuk membantu suami meningkatkan pendapatan seisi rumah. Minat dalam menghasilkan pelbagai aneka roti.

USAHAWAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN BERKAITAN PENCETAKAN DAN REKA BENTUK

 

Nama Mohamad Asmawi Bin Kamarozaman
Umur  44 Tahun
Ahli  23 September 2015

 

Latar Belakang 

Encik Asmawi merupakan seorang usahawan menyediakan perkhidmatan kepada komuniti lebih difokuskan kepada usahawan

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Kerja Sebelum ini dilakukan dirumah dengan menggunakan kemudahan notebook dan internet sendiri. Sebelum penglibatan PI dengan perniagaan saya ini, pendapatan bersih dalam sebulan hanya mencecah RM500 sebulan.

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengetahui mengenai Pusat Internet melalui Facebook, beliau hadir ke Pusat Internet dan menggunakan kemudahan tersedia hampir setiap hari dan waktu sambil mengikuti aktiviti, bengkel dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kanchong Darat. Setelah mengikuti dan menggunakan kemudahan Pusat Internet, pendapatan bersih boleh meningkat sehingga RM2,000 sebulan.

 

USAHAWAN PERNIAGAAN BERBENTUK PERKHIDMATAN MENGAIT BAG, KASUT, SARUNG BOTOL AIR DAN DLL

 

Nama Nur Amalina Binti Suardi
Umur  30 Tahun
Ahli  31 Januari 2020

 

Latar Belakang 

Merupakan seorang anak muda yang telah berpatah semangat untuk mencari kerja dengan menimba pengetahuan berlainan dari yang telah dipelajari Kejuruteraan Elektrik di Politeknik namun dalam masa yang ingin menambah pendapatan untuk berkahwin. Namun kini telah menceburkan diri dalam bidang mengait benang untuk dihasilkan menjadi sesuatu produk.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Sebelum penggunaan ICT, Puan Amalina banyak menjual beliau secara offline di rumah, tempahan rakan-rakan, menjual di bazar atau car booth sale. Pada mulanya pendapatan beliau adalah sekitar RM500 sebelum tanpa promosi menggunakan teknologi.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah terlibat dengan ICT, promosi perniagaan dijalankan dengan lebih giat menggunakan Facebook, Instagram dan group Whatsapp untuk memberi pengenalan mengenai produk-produk sambil menjual. Setelah promosi dijalankan menggunakan laman sosial, pendapatan beliau meningkat dari RM500 sehingga RM2,000 sebulan.

USAHAWAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN BERKAITAN PENCETAKAN DAN REKA BENTUK

 

Nama Mohamad Asmawi Bin Kamarozaman
Umur  44 Tahun
Ahli  23 September 2015

 

Latar Belakang 

Encik Asmawi merupakan seorang usahawan menyediakan perkhidmatan kepada komuniti lebih difokuskan kepada usahawan

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet  

Kerja sebelum ini dilakukan dirumah dengan menggunakan kemudahan notebook dan internet sendiri

Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 

Setelah mengetahui mengenai Pusat Internet melalui Facebook, beliau hadir ke Pusat Internet dan menggunakan kemudahan tersedia hampir setiap hari dan waktu sambil mengikuti aktiviti, bengkel dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kanchong Darat.